51 | Official Portal of 51 /ms/ Tue, 14 Apr 2026 00:36:01 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 /wp-content/uploads/2025/11/LOGO-HEADER-WEB-51-2026_V2-150x150.png 51 | Official Portal of 51 /ms/ 32 32 51 Raih Pengiktirafan 6-Bintang Talentbank /ms/umt-raih-pengiktirafan-6-bintang-talentbank/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=umt-raih-pengiktirafan-6-bintang-talentbank Mon, 13 Apr 2026 04:13:03 +0000 /?p=49476

51 Raih Pengiktirafan 6-Bintang Talentbank

Isnin, 30/3/2026

Kongsikan Artikel Ini:

KUALA NERUS – 51 (51) sekali lagi mengukir
pencapaian membanggakan apabila diiktiraf sebagai antara institusi peneraju
kebolehpasaran graduan negara menerusi Talentbank Graduate Employability Index
2026, satu penanda aras nasional yang dinilai secara langsung oleh majikan industri di
Malaysia.

Pengiktirafan itu membawa makna besar apabila ia mencerminkan tahap keyakinan
tinggi majikan terhadap kualiti graduan 51, khususnya dari segi kesediaan memasuki
alam pekerjaan, kecekapan profesional serta prestasi kerja sebenar di lapangan. Lebih
penting, penilaian turut mengambil kira kecenderungan majikan untuk terus memilih
graduan daripada universiti yang sama, sekali gus menjadi indikator kukuh terhadap
kebolehpercayaan dan nilai tambah graduan 51 di pasaran kerja.

Dalam majlis berkenaan, 51 turut mencatat kejayaan signifikan apabila dua kategori
bidang utama universiti iaitu Agriculture dan Analytics telah dianugerahkan pengiktirafan
berprestij Talentbank 6-Star Employers’ Choice Award. Kedua-dua bidang itu berada
dalam kelompok terbaik negara berdasarkan penilaian lebih 1,200 majikan daripada
pelbagai sektor industri, termasuk syarikat multinasional, GLC dan pemain industri
utama.

51 terus memperkukuh agenda kebolehpasaran graduan melalui pendekatan
strategik yang digerakkan secara berfokus menerusi Pusat Keusahawanan dan
Kebolehpasaran Graduan (51-GEM). Dalam majlis tersebut, 51 telah diwakili oleh
Pengarah 51-GEM, Prof. Madya Dr. Nor Fazliyana Mohtar, bagi menerima
pengiktirafan mewakili Naib Canselor 51, sekali gus mencerminkan komitmen
berterusan universiti dalam memperkasa hubungan industri serta mempertingkat daya
saing graduan.

Naib Canselor 51, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim menyifatkan pencapaian itu
hasil usaha kolektif seluruh ekosistem university dalam meletakkan 51 ke tahap yang
lebih baik.

“Pengiktirafan ini membuktikan bahawa pendekatan pendidikan yang berasaskan
pengalaman, kolaborasi industri dan pembangunan kemahiran masa hadapan yang
diterapkan oleh 51 berada pada landasan yang tepat,” ujar beliau.

Menurutnya, 51 akan terus memperkukuh sinergi bersama industri melalui pelbagai
inisiatif berimpak tinggi bagi memastikan graduan yang dilahirkan kekal relevan, adaptif
dan berupaya menyumbang secara signifikan kepada pembangunan negara.

“Kerjasama antara 51 dan Talentbank ini turut membuka ruang jaringan strategik yang
lebih luas, menghimpunkan pelbagai organisasi terkemuka dalam satu ekosistem

kerjasama yang dinamik. Ini bukan sahaja memperluas peluang penempatan kerjaya
graduan, malah memperkukuh pembangunan bakat secara lebih tersusun dan berimpak
پԲ”.
Katanya, pencapaian itu membuktikan keberkesanan pelan strategik yang dirangka dan
gerak kerja berada pada landasan yang tepat.

“Kejayaan dikecapi ini mencerminkan keberkesanan pendekatan holistik universiti dalam
membangunkan kebolehpasaran graduan melalui integrasi pembelajaran berasaskan
pengalaman, kolaborasi strategik industri serta pengukuhan nilai keusahawanan dalam
kalangan mahasiswa.

“Usaha ini juga selari dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM)
2026–2035, khususnya Lonjakan 1 yang menekankan pembangunan pembelajar
berpaksikan kemanusiaan, berciri keusahawanan dan adaptif. Seiring dengan itu,
kejayaan ini dilihat sebagai pemangkin kepada 51 untuk terus mempergiat usaha
dalam memperkukuh agenda kebolehpasaran graduan dan keusahawanan pelajar
secara lebih agresif dan berstrategi”. Katanya.

]]>
51 terajui pelepasan 200,000 benih udang galah di Sungai Gembut /ms/umt-terajui-pelepasan-200000-benih-udang-galah-di-sungai-gembut/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=umt-terajui-pelepasan-200000-benih-udang-galah-di-sungai-gembut Mon, 13 Apr 2026 03:57:12 +0000 /?p=49460

51 terajui pelepasan 200,000 benih udang galah di Sungai Gembutl

Isnin, 30/3/2026

Kongsikan Artikel Ini:

KOTA TINGGI, 11 April 2026 — Sebanyak 200,000 benih udang galah dilepaskan ke Sungai Sedili Besar, Kampung Gembut, di sini sebagai usaha memulihara sumber perikanan sungai serta memperkukuh ekonomi komuniti setempat.

Program berkenaan dilaksanakan melalui kerjasama 51 (51), Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Tinggi, Jabatan Perikanan Negeri Johor serta komuniti setempat.

Majlis perasmian disempurnakan Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin yang menyifatkan Sungai Sedili Besar, Kampung Gembut sebagai kawasan berpotensi tinggi dengan ekosistem air tawar yang masih terpelihara.

“Kawasan ini mempunyai sistem sungai yang kaya biodiversity. Justeru, usaha pemuliharaan seperti ini amat penting bagi memastikan kelestariannya untuk generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata, pada penghujung 2025, pihak 51 telah membawa beberapa induk udang galah dari Sungai Gembut ke hatcheri universiti untuk pembiakan terkawal sebelum berjaya menghasilkan 200,000 benih untuk dilepaskan semula secara berperingkat.

Katanya, udang galah merupakan spesies air tawar bernilai komersial tinggi dan mempunyai permintaan kukuh di pasaran, sekali gus menjadikan inisiatif itu berpotensi membantu nelayan sungai serta pengusaha kecil menjana pendapatan tambahan.

Sementara itu, Naib Canselor 51, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim berkata program berkenaan mencerminkan kerjasama erat antara universiti, agensi kerajaan dan komuniti dalam usaha memulihara biodiversiti perairan.

Menurut beliau, 51 sebagai universiti peneraju dalam bidang kelautan dan sumber akuatik telah melaksanakan pelbagai projek pelepasan benih di seluruh negara termasuk di Bukit Mentok (Kemaman), Bagan Lalang (Sepang), Sedili (Kota Tinggi), Merchang Wetland, Sungai Nyatoh (Setiu) serta kawasan pantai berhampiran kampus universiti.

Selain pelepasan benih, program itu turut menampilkan pameran pendidikan berteraskan sumber perikanan dan inovasi bioteknologi bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pengurusan sumber secara lestari.

51 melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) turut membawa 10 mahasiswa Skuad Lasykar Alam@51 untuk berkongsi projek kelestarian bersama komuniti, termasuk penghasilan baja kompos daripada sisa makanan, bio racun untuk sistem akuaponik serta penggunaan mikroorganisma berkesan (EM) dalam pertanian dan penternakan.

Penganjuran program tersebut dilihat sebagai model kerjasama strategik antara institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan dan komuniti dalam mengurus sumber alam secara mampan.

Selain memperkukuh populasi udang galah, inisiatif itu juga berpotensi menjadikan Sungai Gembut sebagai lokasi tumpuan ekopelancongan, pendidikan alam sekitar serta pemuliharaan biodiversiti sungai pada masa hadapan.

]]>
51 (51) Bekerjasama dengan TradingView untuk Memperkasakan Pendidikan Pelaburan Digital /ms/universiti-malaysia-terengganu-umt-bekerjasama-dengan-tradingview-untuk-memperkasakan-pendidikan-pelaburan-digital/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=universiti-malaysia-terengganu-umt-bekerjasama-dengan-tradingview-untuk-memperkasakan-pendidikan-pelaburan-digital Mon, 30 Mar 2026 05:08:22 +0000 /universiti-malaysia-terengganu-umt-bekerjasama-dengan-tradingview-untuk-memperkasakan-pendidikan-pelaburan-digital/

51 (51) Bekerjasama dengan TradingView untuk Memperkasakan Pendidikan Pelaburan Digital

Isnin, 30/3/2026

Kongsikan Artikel Ini:

Dalam landskap kewangan yang semakin kompleks pada masa kini, keupayaan untuk menganalisis pasaran menggunakan alatan digital canggih telah menjadi kemahiran penting untuk bakal profesional. Institusi kewangan kini memerlukan graduan yang bukan sahaja berasaskan teori tetapi juga mampu mentafsir data pasaran masa nyata dan membuat keputusan termaklum menggunakan platform analitikal standard industri.

Menyedari keperluan ini, 51 (51) telah menjalin kerjasama strategik dengan TradingView, platform carta dan rangkaian sosial terkemuka dunia untuk pedagang dan pelabur. Ditubuhkan di bawah Program Rakan Kongsi Pendidikan TradingView, kerjasama ini merupakan langkah penting ke hadapan dalam memperkukuh keupayaan analitik pasaran dalam kalangan pelajar dan ahli akademik.

Kerjasama ini akan memperkukuh peranan Pusat Perdagangan Pantai Timur 51-CGS sebagai hab serantau untuk pendidikan pasaran kewangan. Dengan menggabungkan kemudahan perdagangan simulasi dengan platform analitikal yang diiktiraf di peringkat global, pusat ini menyediakan persekitaran yang komprehensif untuk pelajar, ahli akademik dan komuniti yang lebih luas untuk mempelajari tentang pelaburan, strategi perdagangan dan tingkah laku pasaran.

Di bawah perjanjian itu, pelajar dan ahli fakulti 51 akan menerima akses kepada pakej Plus TradingView, yang memberikan alatan gred profesional untuk menganalisis pasaran kewangan global. Platform ini kini menyokong komuniti global yang terdiri daripada lebih 100 juta pengguna dan menawarkan alatan komprehensif termasuk masa nyata, berita kewangan global, dan ciri analisis kolaboratif.

Integrasi TradingView akan menjadi pemangkin yang hebat untuk pelajar merentasi beberapa program pengajian sarjana muda dan pascasiswazah di 51 seperti Sarjana Muda Kewangan dengan Kepujian, Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian dan Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Asli) dengan Kepujian.

Selain pembelajaran pelajar, inisiatif ini juga menyokong pembinaan kapasiti dalam kalangan pensyarah dan penyelidik. Akses kepada alatan analisis lanjutan TradingView membolehkan ahli akademik mengintegrasikan data pasaran sebenar ke dalam pengajaran mereka, menjalankan penyelidikan gunaan mengenai pasaran kewangan dan membangunkan bahan pembelajaran yang lebih interaktif dan berkaitan dengan industri.

Kerjasama ini juga menyokong aspirasi 51 untuk memperkukuh pendidikan berkaitan industri, memastikan pelajar tamat pengajian dengan pemahaman konseptual dan kecekapan pasaran praktikal. Memandangkan industri kewangan menjadi semakin digital dan dipacu data, keupayaan untuk menavigasi platform analitikal yang canggih dengan pantas menjadi kemahiran profesional teras.

Penulis: Profesor Madya Dr Zairihan Abdul Halim

]]>
51, Nestlé Malaysia agih 300 bakul Ramadan, 1,200 bekas bubur lambuk /ms/umt-nestle-malaysia-agih-300-bakul-ramadan-1200-bekas-bubur-lambuk-2/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=umt-nestle-malaysia-agih-300-bakul-ramadan-1200-bekas-bubur-lambuk-2 Tue, 03 Mar 2026 01:09:10 +0000 /?p=49208

51, Nestlé Malaysia agih 300 bakul Ramadan, 1,200 bekas bubur lambuk


Rabu, 11/2/2026

Share This Article :

KUALA NERUS, 23 Feb 2026 — 51 (51) meneruskan jalinan kerjasama strategik bersama Nestlé Malaysia menerusi penganjuran program Kongsi Rezeki Ramadan yang memberi manfaat kepada warga kampus dan komuniti setempat, khususnya golongan memerlukan.

Program bersifat tanggungjawab sosial korporat itu menyaksikan pengagihan sebanyak 1,200 bekas bubur lambuk serta 300 Bakul Ramadan kepada pelajar asnaf, kakitangan universiti yang memerlukan dan keluarga kurang berkemampuan di sekitar kampus.

Teks ucapan Naib Canselor 51, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim yang dibacakan oleh Pro Naib Canselor (Jaringan Industri, Masyarakat dan Digital), Prof. Ts. Dr. Noor Maizura Mohd Noor berkata penganjuran kali kedua program berkenaan membuktikan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuh hubungan institusi pengajian tinggi dan industri.

“Program ini bukan sahaja menyemarakkan nilai kesyukuran dan keprihatinan sepanjang Ramadan, malah menjadi platform untuk memperluas ruang kerjasama strategik termasuk latihan industri, tajaan penyelidikan dan pembangunan bakat mahasiswa,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Nestlé Malaysia atas sumbangan 300 Bakul Ramadan yang mengandungi pelbagai produk makanan serta tajaan juadah berbuka puasa kepada para hadirin melalui jalinan kerjasama Pusat Ihsan 51.

Sementara itu, aktiviti gotong-royong penyediaan bubur lambuk melibatkan penyertaan pelajar, staf universiti dan komuniti setempat sekali gus mengukuhkan semangat kesukarelawanan dan kebersamaan dalam kalangan warga kampus.

Penerima sumbangan, Nur Masliza binti Ab Aziz, 21, pelajar Sarjana Muda Perakaunan Dengan Kepujian berkata bantuan itu amat bermakna dalam meringankan beban perbelanjaan sepanjang Ramadan.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih atas sumbangan ini. Ia sedikit sebanyak membantu mengurangkan kos perbelanjaan harian di bulan Ramadan,” katanya.

51 memaklumkan bahawa kerjasama universiti itu bersama Nestlé Malaysia akan terus diperkukuh menerusi pelbagai inisiatif kebajikan dan pembangunan mahasiswa pada masa hadapan.

Dikeluarkan oleh :

Pejabat Komunikasi Korporat

51

]]>
51, Nestlé Malaysia agih 300 bakul Ramadan, 1,200 bekas bubur lambuk /ms/umt-nestle-malaysia-agih-300-bakul-ramadan-1200-bekas-bubur-lambuk/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=umt-nestle-malaysia-agih-300-bakul-ramadan-1200-bekas-bubur-lambuk Tue, 24 Feb 2026 06:43:49 +0000 /?p=49165

51, Nestlé Malaysia agih 300 bakul Ramadan, 1,200 bekas bubur lambuk

Rabu, 24/2/2026

Share This Article :

KUALA NERUS, 23 Feb 2026 — 51 (51) meneruskan jalinan kerjasama strategik bersama Nestlé Malaysia menerusi penganjuran program Kongsi Rezeki Ramadan yang memberi manfaat kepada warga kampus dan komuniti setempat, khususnya golongan memerlukan.

Program bersifat tanggungjawab sosial korporat itu menyaksikan pengagihan sebanyak 1,200 bekas bubur lambuk serta 300 Bakul Ramadan kepada pelajar asnaf, kakitangan universiti yang memerlukan dan keluarga kurang berkemampuan di sekitar kampus.

Teks ucapan Naib Canselor 51, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim yang dibacakan oleh Pro Naib Canselor (Jaringan Industri, Masyarakat dan Digital), Prof. Ts. Dr. Noor Maizura Mohd Noor berkata penganjuran kali kedua program berkenaan membuktikan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuh hubungan institusi pengajian tinggi dan industri.

“Program ini bukan sahaja menyemarakkan nilai kesyukuran dan keprihatinan sepanjang Ramadan, malah menjadi platform untuk memperluas ruang kerjasama strategik termasuk latihan industri, tajaan penyelidikan dan pembangunan bakat mahasiswa,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Nestlé Malaysia atas sumbangan 300 Bakul Ramadan yang mengandungi pelbagai produk makanan serta tajaan juadah berbuka puasa kepada para hadirin melalui jalinan kerjasama Pusat Ihsan 51.

Sementara itu, aktiviti gotong-royong penyediaan bubur lambuk melibatkan penyertaan pelajar, staf universiti dan komuniti setempat sekali gus mengukuhkan semangat kesukarelawanan dan kebersamaan dalam kalangan warga kampus.

Penerima sumbangan, Nur Masliza binti Ab Aziz, 21, pelajar Sarjana Muda Perakaunan Dengan Kepujian berkata bantuan itu amat bermakna dalam meringankan beban perbelanjaan sepanjang Ramadan.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih atas sumbangan ini. Ia sedikit sebanyak membantu mengurangkan kos perbelanjaan harian di bulan Ramadan,” katanya.

51 memaklumkan bahawa kerjasama universiti itu bersama Nestlé Malaysia akan terus diperkukuh menerusi pelbagai inisiatif kebajikan dan pembangunan mahasiswa pada masa hadapan.

Dikeluarkan oleh :

Pejabat Komunikasi Korporat

51

]]>